Friday, 5 August 2016

Tempat makan best (Bangi) : Chili Spicy.



Assalamualaikum & hi!



Actually aku nak update pasal benda ni 3 hari lepas, tapi aku terlupa! Wuwuwu. Aku ni sadis sikit lah sebab duduk je dekat bangi tapi taktahu tempat makan best. Member2 aku yg dok jauh nun disana sanggup dtg bangi semata2 nk cari makanan best. Aku ni je yg ketinggalan. Ramai org kata bangi ni syurga makanan. So, kali ni aku nak suggest lah tempat makan menarik dekat area bangi ni.


Org melayu ni memang sinonim sgt lah dgn makan nasi setiap hari. Kalau tak makan nasik satu hari boleh meroyan jugak lah kdg2 especially aku. Hehe. Kalau sesape yg jenis boleh skip makan nasik mmg rare lah. Gua tabik!! Tp, harini aku bukannya nak share pasal nasik ke apa. Aku nak share pasal maggi je. Apaaa??! Maggi jeee? T_T


Ok lah ok lah. I know, maggi je pongg. Tp maggi ni rare weh. Cewah. Padahal aku je yg jakun sbb first time tahu kewujudan maggi ni. Kalau tetiba tekak mengidam nak makan benda lain selain nasik during lunch / dinner, aku recommend sgt lah korang makan maggi ni.




Tadaa, ni lah maggi yang aku recommend kan sangat tu. 
Nampak sedap kan? Ok aku close up lg.



Haa, maggi ni lah yg buat aku jakunnya. 
Rupanya maggi ketam ni wujud. Sedap woih! RM 14-18.
Aku ingatkan dia guna crab stick je, rupanya seketoi ketam dia letak!
Sape tak pernah try, kena try ok.



Maggi udang - RM 8.



Maggi biasa - RM 4.



Antara menu Chili Spicy. Chekgu Azrine, saya pinjam gambar ya. 
Saya tak sempat snap. Terima kasih!



Nama kedai : Chili Spicy (Noodle House).
Location : Food Court Bangi Gateway, Malaysia.



Aku rasa Chili Spicy ni ada banyak cawangan. Kalau kat tempat lain aku tak tahu lah location Chili Spicy ni katne. Tp, kalau sesape yg duduk kat bangi / dtg area bangi, aku recommend lah dtg kat Chili Spicy ni. Serious kenyang. Memang puas hati sgt lah!


Ni kira first time aku try makan maggi kat luaq. Kisah dia mak aku nak belanja aku lunch. Lpstu aku tanya lah mak aku nak makan katne, makan apa. Lpstu mak aku ckp makan maggi. Aku pun what?! Maggi?? Mana kenyang makan maggi time lunch. Amboi pndang rendah kat maggi nampak. Wakaka.


Lpstu aku pun ikut kan ajelah mak aku punya suggestion tu. Fehh, mmg sedap woihh! Tk sia2 aku mencuba kau wahai maggi. Lps aku bedal maggi ketam tu, mmg terbungkang kenyang mcm ular sawa lah citer dia. Selebet gila aku makan ketam dkt kedai tu. Haha. Mak aku dah pesan awal2, nnti kalau keluar dgn boypreng ke jgn order ketam, kalau tak suruh boypreng ko je yg kopekkan ketam tu. Masalahnya skrg ni, boypreng pun tak hade! Chiaa~


Ok, kat kedai ni ada 3 jenis kuah maggi. Nak pilih kari, tomyam atau sup. Aku pilih kari. Mmg thumbs up weh. Kari dia masak sndiri. I mean tak main ah perencah maggi kenzz. Kuah kari dia pekat, pedas, tak kedekut bahan, berbaloi dan kenyang semangkuk. Haa apa lagi ek aku nak komen.. Huhu, tu jelah kot. Mmg kena try lah weh.


Tp adik aku kata, maggi ni sedap kalau bos dia yg masak. Anak2 buah dia masak tak berapa sangat. Wallahualam. Tp, time aku dtg haritu, bos dia yg masakkan. Bos dia lelaki. So, kalau hangpa nak kelainan sikit, hangpa pakat serbu naaa kedai Chili Spicy. Tk kesah lah memana cawangan Chili Spicy pun. Bedal jeee. InshaaAllah sedap punya! Tp, jgn lah pi bedal setiap hari setiap masa puleksss. Sekali sekala ok lah jugak. Selamat mencuba!



Thank you for reading!


No comments:

Post a Comment