Thursday, 18 August 2016

Tips kurus mudah.



Hai, assalamualaikum!



Memandangkan ramai cakap ceq ni kuruih lepastu depaa mintak pulak tips kuruih, ceq pun tak tahu nak kata paaa lah. Tang mana kurus pon aku tak tahu. Biasa2 je nak oii. Utk pengetahuan, aku ekceli takde proper tips utk kurus pun. Tp dah ada org dok tanya2 cane nak kurus weh , nak kurus gak cam ko. Aihhh -..-"


Clueless lak aku. Sejujurnya lah kan, jam dah pukul 12 malam pun aku masih membedal nasik sepinggan, kek coklat, bege dan segala makanan yg ada depan mata mmg aku bedal lah cite dia. Kesian tau organ dalaman aku sbb malam2 pun kena bekerja T_T


Sebenarnya kan, kuruih2 ni nak pi mana jaa. Boleh melayang tau bila kena tiup angin. Wakaka. Ekceli kuruih ni pun depends on faktor keturunan jugak. Aku ni jenis keturunan sebelum kahwin semua kurus melidi, bila dah kahwin gempal sana sini. Ada je org dah kahwin anak seploh pun slim melim woih. 


Masalahnya kan, yg aku tak paham perempuan zaman skrg punyalah terkejar2 nak kurus. Padahal badan mmg dah sekeping! Body dah lawa. Taktahu lah depa ni nak kuruih cemana lagi. Semua kalau boleh taknak berat badan exceed 50kg. Wait what?! 


Some of the ladies nowadays beriya nak dapatkan berat badan 50kg. Taknak lebih drpd tu and kalau boleh nak range 40++kg je. Bagi diorang, range berat badan tu dah dikira ideal. Lol T_T


Kalau nak tahu ideal ke tak, kena kira Body Mass Index (BMI) and rujuk carta BMI so that boleh tahu ke-ideal-an body weight kita tu. Berat badan ni kena tally dengan ketinggian. Takkan lah tinggi 170cm tapi nak berat 50kg. Aih tak masuk akai!


Ni based on experience aku tau. Few of my friends mmg gigihadid lah nak kuruih. Ok gigih. Gigihadid tu retis. Wakaka. Amek supplement kuruih, exercise lah apa lah. Tapi semua tak constant dan consistent. Harini exercise sampai sejam dua jam lpstu rehat seminggu, bedal makanan yg high calories tak hingat donia dan sbgainya utk ber"diet".


Word "diet" ni memang sinonim sgtlah dgn org2 nak kuruih ni. Sejujurnya sepanjang aku dipinjamkan nyawa oleh Allah tak pernah sekalipun terlintas nak ber"diet". Serious! Aku lebih mengutamakan kesihatan dalaman compared to luaran. Kalau dalaman sihat, inshaaAllah luaran pun akan sihat serta merta!


Maknanya kat sini, kalau luaran gempal sekali pun tp dalaman badan sihat, tu dah dikira alhamdulillah sgt lah weh! Ni kalau beriya nak kurus tp asek sakit sana sini, tak bagus jugak. Sihat tu merupakan antara nikmat Allah yg kdg2 kita sering terlupa. Ye dok?


Therefore, paksa diri utk kurus tak bermaknanya sihat tau! We must have a good healthy diet. Bukannya force ourself smpai cut off pengambilan carbohydrate terus, semata2 nak "diet". Podaaaahhh~ 


Aku tahu semua org nak cantik. Lg2 kalau org yg berbadan besar ni selalu jd mangsa mulut2 manusia yg suka mengutuk org. Perasaan insecure tu msti ada dalam diri smpai akan ada satu tahap desperate nak kuruih! Haih sabar jelah.


Tapi kan, kalau korang nak mintak tips kuruih kat aku pun mcm tak worth it je. Sbb berat badan aku tak ideal. Tinggi 158cm, berat aku 43kg. So, BMI aku 17.2 which means UNDERWEIGHT!! :(


Jom kira BMI korang kat sini BMI Healthy Weight Calculator. Korang boleh tgk komen from this website whether berat badan korang ideal atau tak. Trusted website. Ni contoh aku punya : 




:(



:(


So, this is a not good result k. Being one of the underweight people is not cool. Berat badan aku jenis senang naik and senang turun. Sbb metabolisme aku tggi. Max berat badan yg aku pernah exceed was 49kg. Itupun masa aku umur 17-18 tahun. 


Tp apa2 pun, aku hanya mampu bagi 4 je tips kurus yg memang amat berguna utk sesape nak kurus.



1. Minum air masak sebanyak yang mungkin. 


Aku tak limitkan pun korang nak minum air masak banyak mana. Yg pasti quantity air masak korang minum tu jangan kurang daripada 2 litre air sehari. Jgn risau minum air takkan buncit pun perut. Air masak lah paling tak bagi side effect pun kat badan. Lg banyak korang minum air masak lagi banyak korang membuang air kecil dan besar. 


Kdg2 org yg tak suka minum air ni sbb tak suka asek pergi tandas. Haha. Nak kurus ke tak? Kalau taknak kurus takyah lah minum. Senang cite. Disamping itu jugak, air masak ni lah paling berkesan utk buang segala toxin dalam badan. Kalau badan susah nak membuang air besar aka sembelit and badan penuh toxin, mcm mana nk kurus kan? So, minum air k! 



Follow cara ni pun bagus jugak. Minum setiap hari.



2. Jangan minum / makan ais.


Fuhh, benda ni lah yg paling org takleh avoid kan? Kalau nak kurus, please lah control pengambilan ais. Jgn pagi ptg siang malam pi bedal ais. Pi kedai mamak order minuman manis lepastu berais pulak. Cubalah amek minuman suam ke. 


Makanan dalam perut pun senang dicerna kalau minum minuman suam ni. Kalau makanan susah nak cerna, mmg berkurun lah makanan tu duduk dalam badan. Minum sekali sekala takpe. Jgn hari2. Kalau boleh elak, elakkan terus daripada minum / makan ais ni. 



3. Exercise.


Exercise? Hm, msti ada yg refuse nak exercise kan? Tkpe, aku pun malas exercise gak. Aku paham. Haha. Tp exercise yg aku maksudkan ni buat exercise ringan2 je, cth banyakkan berjalan sekurang2 nya 2km sehari, naik turun tangga, lari2 anak. Cewah. Haha. Kalo korang malas nak buat exercise ringan2 ni, aku pun tak tahu nak kata apa lah. Nak kurus ke tak ni?! Kalo nak, buat lah! Hehe. 


Mcm rumah aku mmg takde tangga, so mmg idok ler aku nk menaiki tangga menuju kejayaan. Kalo rumah korang ada tangga, korang panjat2 lah tangga tu dalam 3 rounds. Nak buat lebih pun takpe. Kalo mak ko ckp mcm org tebiat je main2 kat tangga, ko ajak mak ko join skali. Haha. Kalo penat, jgn paksa. Yg penting constant dan consistent. Buat hari2.


Selama 5 bulan aku duduk kat asrama tingkat 5, mmg kuruihh woih! Mmg tggal tulang lah gamaknya. Haha. Ok tipu. Tp, sepanjang 5 bulan aku naik turun tangga asrama tingkat 5 tu, mmg kurus doh aku cakap. Especially part peha. Haha.


Kalau korang ada cara exercise simple2 yg lain, korang ikut lah style korang. Yg penting badan kena banyak bergerak. Jgn asek duduk terbaring je. Hehe.




Basikal candy dah hilang :( 
50 ringgit kot satu! Mana nak dapat woihh. Haha.



Aku ni mmg suka mengacah. Podahhh~



4. Minum air sebelum makan.


Haaa, yg ni penting! Minum air sebelum makan. Based on experience aku, bila aku minum segelas air masak sebelum makan ia mampu utk cut off nafsu aku from makan mcm2. Aku akan rasa cepat kenyang sbb quantity air dah fill in dulu dalam perut. So, nnti kuantiti makanan yg aku ambil pun sikit je. Makanan dlm perut pun nak cerna senang. Haa baca ni National Geographic Indonesia.


Lagi satu, masa tgh makan jgn asek nk membedal minum air je. Makan bagi perabih dulu, lpstu bg perut relaks jap 3-5 minit then baru minum air. Tp, kalau tetiba tercekik tu ko minum lah ayaq, kang innalillah pulak. Jgn main2. Hehe. 


-----
InshaaAllah kalau ikut tips ni, sebulan tu dah nmpak hasil. Nnti berat turunlah dalam 1-3kg. Hehe. Korang mesti amalkan ni for the rest of your life tau (and me too!). Bukan bila nak kurus je baru nak ikut. Kesihatan dalaman tu lg penting. Kita sama2 jaga ok? Hehe. Jgn give up! Do your best eh? 


Ok, tu je kot aku nak cakap utk harini. Oh sebelum tu, aku ada serangkap pantun nak hadiahkan kat hangpa. Hehe


Pecah kaca, 
Pecah gelas,
Mintak maaflah kalau terbabas :P


Hehe. Kbai.




Thankyou for reading!


No comments:

Post a Comment