Why Blog?



Hai!


Sebenarnya aku saja je nak add-on page why blog? ni sebabnya aku tgk tab dekat atas ni sikit sgt and aku rasa mcm tak menarik perhatian aku pulak sbb ada 3 ketul tab je wakaka. So, aku dgn baik hati tambah lah lagi 1 ketul tab kat atas ni. Em, ok aku nk bg tahu sikit lah kenapa aku nk ber-blogging sgt ni. Actually, mcm aku dah ckp dlm post aku sebelum2 ni, aku dah bina account blog ni since June 2011 tp terbengkalai. 


Masa dulu aku buat account blog ni saja2 je, nak cite2 kosong dlm ni. Time tu aku baru form 4 and aku still belajar. Ditambah pulak aku study dkt sbp waktu tu. Mmg aku tak ada peluang utk update. Dapat update pun bila dekat rumah je. Itu pun kalau tak bz lah citenya. Haha. Tujuan aku buat blog ni mmg as diary je sebenarnya. Dulu2 byk jugak lah aku post pasal putus cinta, patah hati bagai biar ex baca kononnya. Eee gatal kan kecik2 dah cinta monyet!?! Tp, tu dulu lah.. Zaman tak matang. 


Sekali je aku merasa cinta monyet tu, lpstu tobat taknak dah. Hahaha. Masa aku dekat sbp dulu, kalau aku homesick ke mesti aku akan tulis diary (yelah sebab nak taip dlm blog tak lepas!). Skrg total diary aku dah ada 6 buah. Tebal2 pulak tu. Bila aku baca, rasa nak tergelak pun ada. Memori lama yg aku hampir terlupa pun still ada dalam diary. Sbbtu berguna diary ni as well as blog jugak. Bila aku baca balik kisah2 lama from my own diary / blog, benda2 ni lah yg buat aku matang from time to time. 


Bila aku makin meningkat dewasa, bila aku baca kisah zaman aku kecik2 dulu mesti rasa eeee tah pape nya aku dulu. ni ke aku yg dulu. malunyaaa blablabla.. hahaha. Cerita2 cintunz, merajuk dgn kawan, celebrate bday dgn kawan masa zaman budak2 and etc. aku dah hide dah. Biar jelah aku simpan dkt draft blog utk aku baca gelak sorang2 bila aku dah tua nanti. 


Masa dulu aku  mmg anggap takde sape pun nak baca blog aku ni melainkan diri aku sndiri and kawan2 yg tahu link blog. Mmg berani sgt lah aku nak post macam2 kenzz. Wakaka. Aku ni memang dari dulu minat sgt menulis. Segala penulisan aku semuanya berdasarkan isi buku hati yg begitu penuh dgn kejujuran. Muahaha. Aku dapat merasakan satu kepuasan tau bila dapat peluang menulis / menaip pasal anything that come across from my mind.


Lpstu aku tiba2 nk get back to dunia blog since aku yakin blog boleh jana income. Aku dah lama tahu sbnrnya. Aku tahu sejak aku kenal kak paten (FL) menang award blog terbaik. Masa dulu aku tak percaya sgt yg blog boleh jana duit. Sbb takut kena tipu dgn untrusted website ke kan. Yelah, kalau nak join jana duit secara online from company mmg kena bagi detail diri kita. So, aku mmg tak berapa nak berani lah utk join nuffnang, innity, churpchurp & etc. Kang tak memasal dtg bill kat rumah kena bayar itu ini. Nayaaa! Yelah, masa tu kecik lg, so aku mmg tak berani nak ambil risiko join benda2 gini. Kecik lah sangat kan~


Masa mula2 aku kenal kak paten (FL) punyalah gigih aku nak kenal dia smpai siap tonton Minaz.TV episod 1 kat youtube tau. Gigih en? Hahaha. Truth to be told, kak paten mmg boleh dijadikan role-model utk budak2 range umur aku. Tq so much kak paten sbb byk share inspiring stories dkt blog :)


Lpstu kenal pulak blogger Cik Epal sebab ada one day tu aku nk cari resepi cheesekut. Tu kali pertama aku tahu blog Cik Epal. Gara2 penangan resepi cheesekut tu, aku terus menjadi reader setia blog Cik Epal. Lpstu terjumpa pulak Cik Epal dekat insta, fehh memang terus masuk list #inspiringpeople aku lah. Nak nak semua blogger yg aku terjah join nuffnang pulak. Mmg terasalah jugak nak cuba-try-test. Until lah this one fine day, hati aku terbukak and decided utk join nuffnang. And mmg aku terkejut lah sbb masuk duit 0.80 sen dalam account aku masa first week aku wujudkan account nuff. Since that aku dah start percaya yg blog is one of the platform utk aku jana side income as aku pun still student lg. Mmg berkobar2 lah semangat aku nak teruskan dunia blog smpai skrg (mungkin kot?).


So, apa yg terzahir dekat blog ni, hanyalah sekadar perkongsian diri kerdil ini. So, kalau ada tersentap ke apa, aku mintak maaf sgt2 sbb kdg2 bila menulis ni boleh terbabas jugak sebenarnya. Wakaka. Ok, harapnya korang enjoy dengan penulisan aku. InshaaAllah!




Toodles!