Free cake from Secret Recipe with CIMB



Hi assalamualaikum!


Lama rasanya tak update blog. Hehe. Disebabkan aku risau aku akan dan bakal bagi alasan (lagi) untuk tak update blog, jadi ku gagahkan juga untuk update harini (walaupun kejap lagi ada tutor class at 6 pm 😂).


Btw, nak cerita pasal semalam je pun sampai lah kisah free cake from Secret Recipe ni. Currently aku tengah sambung master by research dekat UPM. Bagi aku master by research ni stressful jugaklah when it comes to plan yg tak jadi. Macam cth, harini plan nak buat lab work, end up tak jadi pun atas perkara-perkara yg tak boleh dielakkan. Contohnya malas & tak ada mood! Lol. Tapi kalau asek nak melayan malas dan tggu mood tu mmg sampai kesudah lah tak siap lab work nak.


Semalam aku a bit stress lah sebab ada masalah sikit pasal duit tuntutan perjalanan sampling madu kelulut tempoh hari. Tapi takpelah takyah cite sini. Aku ni jenis kalau dah stress mmg seharian lah aku stress. Nasib lah masa tu aku dah siap labwork untuk haritu je dan benda yg tak best tu jadi masa petang dah nak habis office hour. Kalau tak siap, mmg murung betul lah sebab masuk lab tapi melayan perasaan stress. Hahaha.


Semalam expressive betul lah aku dekat whatsapp status. LOL 😂 minta maap ler kat sesape yg terbaca whatsapp status aku yg merepek tu & tetiba dpt aura negatif dari aku. Haha, sorry! Kalau korang rasa aku membebel panjang kat status sampai cecah lantai tu boleh lah abaikan 😂


Gara-gara aku dah tak boleh focus semalam, aku scroll lah gambar makanan sedap2 kat instagram tu. Sampai lah aku tertengok instagram Belle Al-Yahya yg dia masak macaroni lasagna. Adoi mmg terbayang2 lah dalam kepala otak aku ni pastu asek dok sebut2 dekat labmate yg nak makan lasagna petang tu jugak 😂 dalam kepala otak aku mmg dah set kalau nak makan lasagna yg mudah nak cari kat Secret Recipe jelah. Masa tu pun aku terbayang2 gak spaghetti carbonara Tappers. Wei aku rasa kalau spaghetti carbonara, mmg kat Tappers jelah yg aku suka. Tapi depends on tempat gak. Yg aku rasa sedap kaw2 tu masa aku pi Tappers kat Terengganu sana. 


Tepat pukul 5 petang... Apa lagi... Aku pun start enjin kereta terus ke Presint 15, Putrajaya. Malas nak fikir masalah lama2. Buat sakit otak jer 😌 Before aku gi Secret Recipe, aku singgah solat asar jap kat Surau Al-Manar, Presint 14 sementara tunggu Farhan. Masa tu hujan lebat wei dengan kilat sabung-menyabung. Sejam gak la aku tggu kat surau tu sementara hujan reda. Lepas Farhan sampai dan hujan pun dah reda sikit, so kitorang terus bergegas ke Secret Recipe, Jalan Diplomatik, Presint 15. 


Masa otw nak ke SR, ada motor accident pulak selang satu kete depan kete aku. Aku suruh si Farhan ni berhenti utk tlg akak/adik tu. Tp dia tak berhenti sbb dia ingatkan akak motor tu kena langgar lari sbb kete depan kitorg tu terus jalan je, so kekonon dia nak kejar la kete tu nak dptkan nombor plat dan jenis kete kalau betul kete tu langgar akak tu. Tp kitorang tgk kete tu takde rosak apa2 pun. So kitorang rasa mungkin motor dia tergelincir sbb jalan licin lepas tu lost control lalu terjatuh 😢 Nasib lah masa tu mmg ada brother motor tolong dia dan alihkan motor untuk clear laluan. Frust gak sbb tak dpt tlg. Lagipun Farhan ckp kalau berhenti situ nnti jalan sesak sbb time tu pun mmg peak hour orang balik keje, jalan pulak dua lane je. Haih. Harapnya akak motor tu tak cedera teruk lah 😢 


Ok sambung. Sesampainya kat SR, nasib lah tak ramai orang masa tu. Cepat sikit order aku sampai. Hihi. Aku pun takde nak belek menu lama sangat sbb aku tahu nak makan apa dah. Punya lah tak sabar dan beriya nak order chicken lasagna... sekali... lasagna habis................... wei murung kembali... tapi disebabkan adik SR tu dah tggu nak ambik order, jadi aku terus jelah order spaghetti chicken bolognese. Kuah bolognese tu ala2 mcm lasagna pun jadik lah.


Dan... tadaaaaa... spaghetti bolognese, golden crispy chicken and ice blended chocolate pun sampai. Tanpa kesabaran, aku pun makan dengan penuh nikmat sehingga kenyang. Alhamdulillah...




Borak punya borak pasal hari yg tak berapa baik dengan Farhan, kitorang pun balik sebab nak maghrib dah. Tapi aku rasa mcm nak makan desert lah pulakkkk. Aku rasa kalau org stress mmg sokmo nak makan je kot? Ke aku je? 😁 Aku dah mula dah usha cake. Usha jelah. Tp ku pikirkan byk dah duit habis ni. So takpelah. Korbankan sikit mengidam tu. Lepastu pulakk, before nak bayar tu kitorang dedua masalahnya takde duit cash yg mencukupi. LOL. Aku dengan yakinnya convince si Farhan boleh je bayar pakai card. Padahal ragu2. Tp aku rasa mcm aku pernah guna debit card untuk bayar. Masa dulu lah. Tahun lepas. Aku pun tak ingat. Haha. Kedai femes kot, mestilah boleh pakai kad kan? Selalunya kat depan pintu kedai dah ada siap tulis whether diorang terima atau tak penggunaan credit/debit card. Kitorang mmg jenis suka swipe card je sekarang sbb malas nak cari atm terdekat & cucuk duit punya pasal 😂 kalau duit cash byk kat tangan, selalunya tak boleh nak control. Aku lah tu.


Pastu masa bayar tu tetiba adik cashier tu tanya, ada nak tambah pembelian cake pape tak sbbnya dia kata CIMB ada promosi. Aku pun tanya lah sama ada cake tu for free ke atau kena bayar mcm beshe. Kalau kena bayar memang idok ler aku nak beli lagi. Sekali dia kabor free 1 slice wei sbb kitorang swipe card dan pembelian atas RM 50. Siap tunjuk promosi kaunter ni ha... 


Aku ni tak berapa rajin nak teroka dan baca. Lekat pulak kat bahagian situ. 
Memang aku tak perasan lah.


Pembelian RM 50 ke atas, free 1 slice SR cake yg berharga RM 9.80


Aku pilih secret indulgence. Alhamdulillah rejeki kempunan


Tak lupa juga rezeki untuk meow yang comel ni 💕😍


Untuk korang yg belum tahu, lepasni kalau pergi SR, korang dine-in a la carte RM 50 ke atas, korang bayar swipe je card CIMB dan boleh dapat free cake!! Sape taknak kan?! 


Btw, baru aku tahu campaign ni actually dari tahun lepas 😂 sementara campaign ni masih berjalan, go and grab ok! Campaign starts from 15 August 2018 until 31 July 2019. Click link below for more information! 




Thank you for reading!


Comments

  1. Tambah sikit update yg latest sebab skrg kena lebih rm75 baru dpt free 1 slice kek😂

    ReplyDelete
  2. Tambah sikit update yg skrg kena belanje lebih rm75 baru dpt 1 slice of cake

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

UMT : Universiti Malaysia Terengganu?

Cara nak delete blog lama bagi yang lupa email id & password

Review: Mesin basuh PANASONIC NA-V10FX2LMY best ke idok?