Akibat menggunakan produk timbang kilo, Cetaphil & Nutox sebagai penyelamat!



Assalamualaikum dan hai!


Panjang jugak ek tajuk post aku kali ni 😆 Hari ni aku nak share dengan korang pengalaman aku sendiri on how to reduce acnes/pimples tanpa mengeluarkan duit yang banyak! Bare in mind, this entry is not about untuk hilangkan jerawat like 100%! 


Why I said so? 


Sebab, jerawat ni berkaitan dengan hormon and pertumbuhan jerawat is due to hormonal imbalance. So, hormon yang menyebabkan acne ni adalah androgen hormone ataupun lebih dikenali sebagai testosterone hormone. Jangan terkejut ya kalau aku bagi tahu korang yg androgen/testosterone hormone ni actually exist in both men and women with certain level of concentration in our body. Higher level of androgen will cause breakouts/acne. 


Function testosterone ni bukan hanya untuk sperms production je, tapi untuk red blood cells production, bone and muscle mass, dan banyak lagiii. Hebatkan ciptaan Tuhan? Korang boleh baca selebihnya mengenai hormone ni di website 👇 (kalau aku cerita karang, panjang pula content entry nanti 😂)




Okay, back to the topic. Sebelum aku further share mengenai kulit aku yang pernah breakouts teruk.. aku tepek dulu gambar bukti aku pernah breakouts yang tak boleh dibendung in 2016-2017.



My skin condition in 2016-2017. Jgn tanya kenapa dgn kening. Time ni baru nak bersiap before pergi event dinner, tp kondisi kulit teruk pulak T_T sempat selfie dulu walaupun takde mood 😆😂 Mengelupas teruk. Whitehead, blackhead, jerawat batu dan jerawat pustula.



Left : my skin condition in 2017. 
Right : my skin condition selepas sebulan penggunaan Nutox & Cetaphil in early of 2018



Actually, kulit muka aku bukanlah jenis berjerawat. Aku ni sebab tersalah pakai produk je. Nak aku list ke 2 produk yang aku dah try? Takpelah. Kang kena saman 😅


Aku bukanlah obses dgn kulit putih. Family aku pun mmg cerah je. Masa aku baby pun cerah apa, sawo matang 😆 Kulit aku hitam sbb aku tak jaga kulit aku je, plus, aku aktif sukan. Tak pakai sunblock. Memang hitam lah! 😆 


So, aku pun pernah try 2 jenis produk ni atas rekomendasi kawan aku. Masa dulu aku memang jenis tak tengok ingredient produk kecantikan sbb aku tak tahu dan tak ambik tahu. Yelah masa tu umur baru masuk early of 20's kot. Skrg dah masuk mid 20's dah! Ohmyyy, dah bertambah umurrrrkuuu, moga bertambah juga amalku 😓


Haha. Ok.


1st product timbang kilo dan sampah yg aku pernah try was masa aku form 4, back in 2011. Yg ni mmg kulit aku mengelupas teruk! Tp aku takde pulak simpan gambar kondisi kulit yg teruk tu. Sbb zaman tu, aku masih di sekolah asrama. Smartphone pun baru nak naik. Time tu, Blackberry la yg tgh femes sgt, skrg tak tahu apa cerita...


2nd product yg aku pernah try was masa aku 1st year & 2nd year di UMT, masa aku umur 19 tahun, back in 2014. Masa dulu, produk2 kecantikan ni mmg tgh up. Lg2 produk pemutih ni. Aku bukan obses nak putih. Tp aku nak warna kulit aku back to normal jeeee.


Masa aku pakai produk timbang kilo tu.. fuh! Memang flawlesssss aku kaborr. Jerawat tak naik. Sebelum2 ni pernah juga lah naik jerawat, tp setakat seketul je itu pun sbb menstrual hormone. Setelah hampir 6 bulan aku guna, aku rasa aku tak boleh nak afford dah guna product tersebut. Sbb harga skincare tu mahal sgt, hampir RM300! Gila apa. Sampai 6 bulan aku bazir duit utk skincare. Dah lah masih bergelar student. Last2, aku decide nak guna drugstore punya skincare je. 


Hari bersilih ganti... 


Tiny bumps mula muncul di dahi dan pipi aku. Ramai yg tegur. "Eh Dayah, kenapa dgn kulit? Dulu licin je kulit.."


Sampai ramai lah yg recommend utk guna produk2 tertentu. Sebagai cth : sabun beras. Ada lagi product lain yg org recommend kat aku... tp aku dah give up masa tu sbb kulit aku makin teruk. Nangis. Rasa rendah diri. Rasa hodoh sgt T_T.. nak cakap dgn org pun malu.. kulit aku dah terhakis. Pedih. Kulit aku tu mengelupas dah sampai tahap boleh peel off mcm peel off mask!


Purifying Charcoal Peel Off Mask - 5 Pack – Earth Therapeutics
Gini haa peel off! Adapted from Google image. 


Sampai satu tahap, aku takmau pakai apa2 dah. Sampai aku beli sepasu pokok aloe vera yg berharga RM5 la utk aku pakai dkt UMT tu. Tp aku takde masa nk pakai aloe vera originally from pokok. So, aku pun try pakai aloe vera yg instant jual dkt drugstore tu je.. tp aku pakai yg roomate aku punya lah. Hehe. Thank you roomate ku yang baik hati 💖


Tapi, aku pakai aloe vera instant tu pun tak jalan juga. Aloe vera pokok tu pun aku bg dkt kwn baik aku utk jaga sbb dia stay dkt rumah sewa. Aku bela aloe vera dkt hostel hampir nak mati dah pokok tu. Last2, kwn baik aku tanam je pokok aloe vera tu dkt rumah sewa dia. Haha! Harapnya pokok tu masih hidup dgn sihat 😇


So, sepanjang tahun 2016 & 2017 tu, mmg kulit aku teruk ya amat! Aku dah try skincare from drugstore, tp tak jalan juga. Yg skincare drugstore ni aku beli yg murah2 je, bawah RM10. Hmm mmg tak jalan juga!


Lepas aku habis intern in Sept 2017 dan kerja sementara utk kumpul duit in Nov-Dec 2017, time ni lah misi aku nak cari skincare yg betul2 kena dgn kulit muka aku. Aku mmg harap sgt skincare yg aku pilih ni mmg kena dgn kulit aku dan taknak tukar2 dah! Penat tau nak cari skincare yg sesuai ni T_T


Ok, fyi, jenis kulit muka aku adalah kombinasi. Kadang2 boleh jd terlalu berminyak dan kadang2 boleh jd terlalu kering. Aku dah confirm kan jenis kulit muka aku ni dgn salah seorang Dr pakar kulit di klinik rahsia. Bare in mind, aku tak buat treatment di mana2 klinik. Aku hanya pergi for consultation dan buat skin extraction je (sekali seumur hidup! *setakat ni lah hehe). Skin extraction tu apa? Skin extraction tu just picit2 blackhead, whitehead dan jerawat je. Tp yg ni pun you boleh buat dekat rumah. Bayar mahal2 buat apa, kalau boleh buat sendiri dkt rumah! Hehehe. 


Berdasarkan pembacaan aku, ada beberapa jenis jerawat iaitu blackhead, whitehead, papula, pustula, nodul dan jerawat batu. Untuk kes aku, jerawat aku adalah blackhead, whitehead dan pustula.


Okay. Mesti korg tertanya2 kan.. kenapa aku pilih Cetaphil dan Nutox?


Aku pilih utk cuba Cetaphil atas sbb rekomendasi Dr perubatan UMT kpd kwn aku yg ada jerawat teruk juga. What I noticed, kulit kwn aku sgt better than before. Merah2 jerawat dah hilang, jerawat pun dah mula kecut. 


Utk Nutox pulak, aku nak cuba sbb kwn sekolah aku bg tahu dia pakai serum Nutox, kulit dia jd okay. Kulit dia mmg jenis flawless pun, tp bila dia pakai serum tu nampak berseri pulak. Hahah


So, early in 2018, masa ni ramai dah sedar mengenai produk timbang kilo. Ada influencer(s) dah mula bg awareness mengenai produk timbang kilo ni. Time ni, aku dah tak percaya langsung dah produk2 online. Untuk lebih selamat, aku mmg beli di drugstore je.


Current skincare products that I've used since 2018 until now 😄



Masa 1st time I nak beli serum Nutox tu, for me agak mahal. 30 mL = RM70+
Bagi aku worth it lah utk try. Tp masa 1st time aku nak try, aku tak beli terus macam dalam gambar dkt atas 👆 aku try dgn Nutox Basic 123.


Adapted from Google image.


Aku try dgn Basic set dulu 👆 dalam ni ada cleanser, toner, moisturiser with SPF and 3 mL of concentrated serum. Cukup lengkap, saya sukaaaa! Lepas sebulan aku try (mid Jan 2018 - mid Feb 2018).. Ya Allah, syukur sgt kulit aku getting better. Aku buat double cleansing. Tp double cleansing cara aku, aku tak guna oil cleanser. Aku combine Cetaphil + Nutox masa cleansing. Btw, korang boleh check harga pasaran Nutox di website Nutox ni 👇


(kalau nak murah, beli time offer/discount 😜😍)


Skin condition selepas 3 bulan penggunaan Cetaphil + Nutox


Dr pakar kulit yg aku pernah pergi consultation tu, beliau tak recommend utk kulit kombinasi mcm aku utk guna oil cleanser (of course lah Dr tu promote product beliau yg ribu riban tu 😝, tp I tak beli sbb tak mampu 😆). 


23rd Nov 2019


Bare in mind, kau jangan lah ingat, aku pakai Cetaphil + Nutox ni, kulit aku akan flawless sangat. Aku pun manusia. Pasti punya, akan ada jerawat due to hormonal changes. Tp takdelah mcm dulu, teruk sgt jerawatnya. Aku pun jarang pakai makeup (unless kalau ada event je), sbb risau pori tersumbat, lepastu akan menyebabkan jerawat. Aku just berhati2, sbb nak hilangkan parut jerawat susah sgt wei 😂😆


Kalau korang rajin, apply juga lah aloe vera yg originally from pokok (bukan yg dah diproses) tu dekat muka. Sgt membantu utk menyihatkan, melembabkan kulit dan mengecutkan jerawat! Aku harap entry aku kali ni dapat membantu korang untuk membuat pilihan skincare product yg bagus utk kulit korg. Jangan sesekali beli produk online atau timbang kilo yg kita tak tahu origin drpd mana. Ingat tauuu! 😄 Oh, lepastu, kalau ada org melongkangkan dan ejek kulit/rupa kau ke, please, jgn layan sgt apa diorg ckp tu. Love yourself first, ok? 😉 Biarkan mereka dgn labu2nya. Ehh


Ok, nak gi jogging jap 😎 (tipu. #tbje!). Alright, aku rasa tu je untuk entry kali ni. See u on the next entry!


P/s : Btw, akak yg jual produk timbang kilo tu pun dah tak jual produk tu. Jual produk lain pulak 😂




Thank you for reading :)


Comments

Popular posts from this blog

UMT : Universiti Malaysia Terengganu?

Cara nak delete blog lama bagi yang lupa email id & password

Review: Mesin basuh PANASONIC NA-V10FX2LMY best ke idok?