Review: Laptop HUAWEI MATEBOOK D14 (2020) sesuai ke untuk pelajar?



 Assalamualaikum, hi!



Last year iaitu dalam hujung bulan 9, satu2nya laptop yg aku selalu guna since matriculation (year 2014) until master study (year 2020), telah ditakdirkan sampai ke penghujungnya. Wahaha. Sedih lah jugak. Tapi dah tiba masanya untuk laptop Toshiba Satellite aku tu pergi. Haha. Boleh repair, tapi kalau repair dah harga mcm beli sebuah laptop! Laptop Toshiba ni rosak sebab motherboard terkena air hujan. Last year, dalam bulan 9 tu selalu hujan and paling menakutkan dalam hidup aku. Hujan ditambah ribut petir sampai bumbung bilik aku tercabut. Time tu aku tengah writing manuscript for publication. Ditakdirkan masa tu, air hujan yg jatuh dari bumbung yg tercabut tu betul2 jatuh atas motherboard laptop aku tu. Panjang ceritanya, tp setakat tu jelah aku cerita πŸ˜‚



Sepanjang aku guna laptop Toshiba, my personal view, memang takde masalah. Tak pernah lag. Tp graphic takde la hebat sgt, dan aku rasa tak sesuai untuk gaming. Lagi pun aku guna laptop selalunya bukan untuk heavy use. Most of the time adalah untuk assignments and writing thesis. Untuk edit video tu, aku jarang guna. Kalau guna pun atas sebab assignment degree je. Haha. Storage pun besar (Drive C and D). Aku boleh rate laptop Toshiba Satellite 9/10 bintang. Kenapa tak 10? Sebabnya, body laptop tu made from plastic. So mudah retak dan patah. 




Laptop Toshiba Satellite dalam kenangan (2014-2020)



Alahai punyalah uzur laptop Toshiba ni. Hinge screen pun dah patah sebenarnya, sampai kena sandarkan screen kat dinding πŸ˜‚


Bulan ni alhamdulillah dah masuk bulan ke 7 aku menggunakan laptop Huawei D14. Laptop ni merupakan hadiah from my husband sbbnya dia kesian kat aku writing thesis tak habis lagi, lepastu terpaksa hadapi cabaran laptop rosak. Haha. Ya Allah, tak dpt ku bayangkan waktu tu. Huhu. Aku ni tak pandai nak bg tahu spec laptop yg sesuai untuk korang. Tp, sebelum aku beli laptop mmg aku ada buat research sebelum nak beli. Aku ada list few laptop yg berkenan kat hati, and finally aku pilih Huawei D14. Actually nak beli Macbook. Tp apa yg aku rasa waktu tu, for the moment, aku rasa mcm membazir sbb aku guna pun untuk writing and analyse data je pun. 


4 specs that I was looking for on that time: 

- RAM besar

- Processor latest

- Internal storage besar

- Laptop body bukan made 100% plastic

- Ringan


Sebenarnya Huawei baru je keluarkan laptop, rasanya tak sampai 10 tahun pun lg. Lg pun forte Huawei ni more to phone. So, based on my research performance laptop Huawei especially D14 ni tak ramai pun review like Macbook kenzzz. Boleh jd juga aku pun terlepas pandang any updates? Btw, untuk laptop Huawei Matebook ni actually ada 4 jenis, iaitu; Matebook 13, D14, D15 and X Pro. Apa beza semua ni? Sebab aku baik hati sikit, aku dah google kan untuk korang siap2 😜 




Tapi, kalau korang nak lagi detail, korang boleh Google lagi lah ye. Takpun terus je pergi kedai. Aku bukannya expert sgt πŸ˜† In this post, aku only akan bg tahu pengalaman aku menggunakan Matebook D14 je. Personally, aku rasa Huawei ni mcm nak jd (can I say copycat? πŸ˜…) the next Macbook πŸ˜‚ Btw, Matebook D14 ni actually released pada Nov 2019. Aku beli pada Oct 2020 πŸ˜…


For Huawei Matebook D14, this laptop telah memenuhi criteria that I was looking for:

  • RAM = 8GB (sgt penting utk korang beli laptop yg RAM > 8GB kalau nak performance laptop laju! Jangan beli laptop yg RAM 4GB, mmg akan byk lag!)
  • Processor = AMD Ryzen 7 (aku beli tahun 2020, so processor yg aku beli pun yg latest punya)
  • Internal storage = 512GB SSD (tp sebenarnya tak dpt full 500++GB pun, dapat around 460+GB je. aku pun tak tahu la pasal ni. kena tanya expert)
  • Laptop body = made from aluminium (major) + plastic (minor - di bahagian hinge)
  • Yes, ringan = 1.38 kg
  • Operating system = Windows

*extra:

  • Screen laptop can be pushed until 180 degree. So boleh elak daripada screen patah.
  • Hidden camera (frog eye's view. Takpayah susah2 nak tampal sticky note untuk tutup camera πŸ˜‚)
  • Fingerprint sensor (for laptop security)
  • Small charger (boleh guna untuk phone juga since the charger is C-typed cable. Charger pun bukan jenis yg ada adapter besaq gedabak mcm laptop lama)



Huawei Matebook D14 together with charger adapter and C-cable




Hidden camera in between F6 and F7



Hidden camera with just one push and it will pop out πŸ˜„




180 degree screen. Kalau 360 degree, agaknya lagi mahei la harganya tuhhh πŸ˜‚ Btw, laptop ni bukan touchscreen. Aku kurang gemar cable charger yg berwarna putih sebenarnya sbb cepat kotor and kekuningan. Nak elak cable cepat kotor, better pakaikan kabel tu baju = cable protector




So, sepanjang penggunaan laptop D14 ni, bg aku amat sesuai untuk pelajar master mcm aku. Keyboard and touchpad smooth. Bateri laptop (full charging) untuk light use seperti writing, analisis data menggunakan SPSS, SIMCA dan R dan menonton Netflix/Youtube, boleh tahan dalam average 9-12 jam. Tp bergantung juga kepada kekerapan penggunaan software yg berat. Kalau kerap analisis data, boleh jadi masa penggunaan laptop (on battery mode) boleh jd kurang drpd average tersebut. Charger adapter 65W Huawei Matebook D14 ni merupakan fast charging, jd selalunya aku memerlukan dalam 1-2 jam untuk full charged. Best kan?


So, kalau korang tanya aku, berbaloi tak kalau student beli laptop ni? Bg aku berbaloi la kalau untuk light use. Tp kalau budak designer yg menggunakan AutoCad etc., tak sesuai sbb storage kecik dan graphic mungkin tak secantik laptop MSI, HP, Macbook etc.. Idk, I'm not an expert. Harga laptop ni masa aku beli pada Oct 2020 was RM2,899. Aku beli kat Senheng Kajang jurrrr. Sbb masa tu PKP kan, takleh gi jauh2. Hahah. Btw, internal storage Matebook D14 ni actually built-in storage dan tak boleh upgrade. Tp aku tak tahu la kalau ada cara lain utk upgrade internal storage D14 ni. Tp so far, aku rasa storage D14 ni takde masalah pun. Kalau perlukan extra storage, aku rasa better beli external storage je.


Apa lagi ek yg aku nak cerita? Hmmm, aku pun taktahu dah πŸ˜πŸ˜‚ korang comment jelah ok, kalau nak tahu lagi pasal Matebook D14 ni. Aku bg tahu based on pengalaman jurrrr ok?




Thank you for reading!

 

Comments

Popular posts from this blog

UMT : Universiti Malaysia Terengganu?

Cara nak delete blog lama bagi yang lupa email id & password

Review: Mesin basuh PANASONIC NA-V10FX2LMY best ke idok?