Review: Mesin basuh PANASONIC NA-V10FX2LMY best ke idok?


 Hi uols!


Aku actually baru je kahwin. Cewah. Dah nak masuk 7 bulan dah pun, takdelaa baru sgttt 😆, tp tulah aku pjj sebenarnya. So, kalau dah kahwin maksudnya apa? Kena duduk dgn parents lagi ke? Opkos la tidak diknon. For the moment, aku menyewa je kat rumah sewa mak aku. Memula husband aku nak sewa rumah yg fully furnish, so that tak pening kepala nak beli brg2 rumah while waiting for rumah kat Seremban fully siap. Tp itulah, disebabkan kitorg ni pjj dan ditambah pulak Malaysia-Singapore border pun tutup (dan aku ni penak0OtT), so kitorg rasa the best choice is better menyewa dgn mak aku je walaupun rumah sewa tu kosong and takde barang apa! 😝


Korg rasa kalau org yg baru2 kahwin ni hidup dia dah stable ke? Mesti laaaa tidak kan. Lagi pun kitorg berdua bukanlah drpd silver spoon family. Kitorg nak apa, kena usaha sendiri okkk! Nak kahwin pun kumpul duit sendiri okkkk! Ditambah pulak waktu nak kawin tu aku masih buat master, mmg idok ler aku yg kumpul duit kawin 😂 husband aku sorg je yg kumpul duit kawin tu. Wuwuwu..


Disebabkan kitorg menyewa rumah kosong, jd kena la beli brg2 asas utk rumah kan? Antara barang asas yg kena ada for newlywed: mesin basuh, peti sejuk dan tempat memasak. TV ke, meja makan ke, sofa ke, katil ke, bagi aku mcm tak penting sgt. Lg pun aku ni pjj, duduk rumah sewa pun jarang sbb sibuk bekerja. Tp tulah, bergantung la kepada korg nak hidup mcm mana kan. Aku utamakan 3 brg tu je dulu sbb bg aku 3 brg tu teramatlah penting! 


Aku ni mcm tak berguna sikit la dlm bab survey barang2 elektrik dan elektronik ni. Hahah. Tp, disebabkan husband aku ni rajin membuat pencarian di internet, maka, dia sorang sahaja lah yg survey brg2 asas tu. Tp utk entry kali ni, aku nak cerita pasal mesin basuh jewww. So, mesin basuh ni husband aku je yg survey. Segala yg husband aku survey and nak beli aku onZzz je. Yela sbb guna duit dia kan. Kalau guna duit aku, rasanya sampai seploh kali fikir pun belum tentu aku beli. Maklumlah, kekadang tu aku ni jenis syg nk keluar duit a.k.a kedekut dengan diri sendiri 😂 tp, nasib la husband aku ni jenis pandai brainwash aku; "kalau nak beli brg beli yg mahal dan berkualiti terus supaya boleh pakai lama".


So, untuk mesin basuh yg husband aku beli ni actually dia dah survey sepanjang bulan 11 dan 12, 2020. Survey setakat tgk kat page Panasonic je pun and buat comparison. Husband aku mmg taknak beli top load, dia nk front load sbb katanya tak guna banyak air and lg bersih. Personally, aku lg suka top load, takdela sakit pinggang diknon menunduk nak masuk-keluar baju dalam mesin basuh tu 😂 Kalau ikutkan brand mesin basuh and peti sejuk, aku mmg lebih prefer Panasonic sbbnya aku telah didoktrinkan oleh mak aku!! 😆


Btw, antara ciri2 lain yg membuatkan husband aku berminat nak beli mesin basuh ni:

- 3Di Inverter (penting cari brg elektrik yg ada inverter utk penjimatan elektrik rumah!)

- Load volume > 10 kg

- Blue Ag+ (utk remove bacteria during cold wash)


Actually kan, mesin basuh Panasonic NA-V10FX2 ni baru je release bulan January 2021! Punyalah husband aku ingat mesin basuh ni keluar tahun 2020. Masa aku nak beli mesin basuh ni in Dec 2020, aku cuba survey harga kat Senheng Kajang and Bangi. Tp tulah, seller kat Senheng pun ckp mesin basuh tu belum release kat Malaysia lg. Wahaha. Patut la aku tgk kat Youtube or mana2 blog, takde org review lg. Wahaha. Husband aku ni kalau boleh semua benda dia nak beli yg up-to-date and latest 😅 aku pun ikutkan jelah uols. Yelah, duit dia kan 😆



Okay, ini lah rupa bentuk mesin basuh Panasonic NA-V10FX2. V10 = volume up to 10 kg. FX2 = pintu depan mesin basuh https://www.panasonic.com/sg/consumer/home-appliance/washing-machines/front-load/na-v10fx2lsg.html




Feature 3Di inverter yg dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik




Warranty motor selama 12 tahun. 
Sila simpan resit pembelian, supaya nak claim warranty senang!



Kalau korang nak tahu, mesin basuh ni ada model FX1 (model lama) sebelum model FX2 ni keluar. Yg beza antara FX1 and FX2 ni lebih kepada rupa pintu depan mesin basuh je. FX2 nampak lebih elegant and classy berbanding FX1.



FX1



Aku order mesin basuh ni dekat kedai elektrik Midea Kajang. Kedai ni bukan jual brand Midea je, mcm2 brand dia jual. Tp murah sikitlah berbanding beli kat Senheng. Aku order kat kedai ni sbb boleh kawtim harga. Tak silap aku, harga mesin basuh ni kat Senheng Kajang around RM3,300 mcm tu. Tp aku bidding dgn uncle kat kedai Midea tu, so dpt lah dlm RM3,000. Husband aku decide nak beli mesin basuh ni sbb nak pakai lama.



Pengalaman aku sepanjang menggunakan mesin basuh ni, BEST! Tp tulah, hakikat diknon kena menunduk utk ambik kain nak sidai tu, tak berapa nak best 😂 sbb apa aku kata best? Sbb mesin basuh ni ada feature mencuci baju dlm jangka masa pendek. Hahaha. Aku rasa mesin basuh lain pun ada. Tp mesin basuh ni ada feature basuhan utk 15 minit dan 38 minit. Bersih ke? Kalau baju tak banyak, bg aku better guna basuhan yg singkat. Yela, aku pun duduk rumah sorg je pun. Basuh baju seminggu sekali. Hahah. Tp, kalau nak basuh baju yg aku pakai hanya utk 1 hari je, baik aku pilih basuhan yg singkat. Jimat air dan elektrik.




Antara pilihan basuhan yg ada.




Tp, korang nak beli mesin basuh pun ikutlah kemampuan. Entry kali ni hanyalah sekadar perkongsian pengalaman aku menggunakan mesin basuh Panasonic NA-V10FX2 selama 4 bulan ni. Hihi. Sepanjang 4 bulan guna, semua okay. Takde masalah. Kalau korang pulak, korang kat rumah pakai mesin basuh apa pulak? Apa ciri2 yg selalu korang cari utk sebuah mesin basuh?


Comments

  1. Dgr cite mcm rmai kata washer ni best sebab saiz dia. Tpi x pernah lgi search bnyk pun.. Tgk gitu2 jerr.. Mcm best jgak ekk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Cik/Puan Kamala. Ya, personally saya dah guna 1 tahun 6 bulan ni, sangat best! Walaupun saya duduk berdua je dgn husband, tapi dalam 1 minggu saya akan basuh dalam 2-3 kali sbb saya suka basuh baju hehe. Yg bestnya, walaupun sebulan tu dekat 12 kali basuh, tapi bill air dan elektrik masih maintain. Hehehe

      Delete
    2. size besar,features byk dah upgrade compare dgn yg model lama2. tp sy bru tukar yg ke top load sbb nk kurangkan tunduk2,sbb sakit pinggang.heheheh. function kebanyakan sama.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

UMT : Universiti Malaysia Terengganu?

Cara nak delete blog lama bagi yang lupa email id & password